Wednesday, 13 July 2011

Di penghujungnya (:

malam semakin larut, sejuk malam mulai terasa bila detakan embun mulai mendesak daun-daun yang bertindan. Elia termenung sendirian sambil menyingkap semula kisah silamnya.


"Sampai hati you buat I macam ni! Apa salah I? I tak sangka you akan berubah sampai macam ni? Mana janji-janji you selama ini?" Elia tersedu-sedu, bahunya terinjut-injut menahan tangisan.


"You tak buat salah dekat I langsung. I bukannya nak mainkan perasaan you. Jeasmine terlalu menjaga hati I dan perasaan i selama ini, padahal you, tidak pedulikan I langsung, you cuma mementingkan diri you sendiri." Ezat Khairil cuba mengawal emosinya, dia cuba berlagak tenang di hadapan Syarifah Emelia. 


"I pun tidak tahu nak kata apa. Mungkin jodoh kita hanya sampai di sini sahaja. You teruskanlah hubungan you dengan Tengku Jeasmine. I tak sanggup lagi, mulai sekarang, kita putus tunang! Dan jangan harap kita akan bertemu lagi. I benci you! I benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" Syarifah Emelia membuka pintu keretanya dan masuk tanpa mempedulikan Syed Ezat Khairil yang memanggilnya. Enjin kereta segera dihidupkan dan Syarifah Emelia terus beredar dari situ. Syed Ezat Khairil terpinga-pinga memandang kereta Syarifah Emelia berlalu sehingga lenyap dari pandangannya. 


          Syarifah Emelia terkejut apabila diterjah oleh kakak kembarnya, Syarifah Syakiela. Terus hilang bayangan kisah silamnya. 


"Adik ni sejak dua menjak ni asyik mengelamun je? moody semacam tak seceria dulu, kakak rindu sangat. adik masih teringat dekat that guy ke? Aaaghhh! Lupakan je lahh lelaki yang tak guna tu!" marah Kiela dalam nada berniat untuk memujuk Elia yang sedang sedih.


         Syarifah Emelia terus mendiamkan diri. Air matanya bergenang. Matanya dikaburi oleh air mata, bila-bila masa saja air matanya akan mengalir juga. Mulutnya cuba mengatakan sesuatu tetapi lidahnya kelu lalu dia membatalkan niatnya untuk berbicara dengan Syarifah Syakiela.


"Adik, janji dengan akak, kalu satu hari nanti, akak dah tidak ada, adik jangan sedih macam ni dah tahu, akak tak suka adik akak sedih-sedih. Adik kena jadi seorang wanita yang tabah. Promise?" Lembut Kiela menuturkannya tetapi berbaur sedih. Dia cuba menahan daripada menangis di hadapan adik kesayangannya itu. 


"Apa yang akak merepek ni? Kalau setakat nak bercakap pasal hidup dan mati, lebih baik tak usah cakap. Akak kan tahu, hidup dan mati hanyalah di tangan Tuhan. Adik tak suka akak cakap macam ni." bentak Elia memarahi kakaknya, dia tidak mahu kehilangan kakaknya, kerana Syarifah Syakiela adalah satu-satunya kakak yang dia ada. Abangnya Syed Hakimi telah pergi menghadap Ilahi, kerana menghidap penyakit jantung berlubang. 


Keesokkan harinya,


         Deringan telefon telah menganggu tidurnya. Pelik pula hari ini, Syarifah Syakiela tidak mengejutkan dia seperti selalu. Marah barangkali. Dia cuba menyedapkan hatinya, Entah mengapa, dia berasa tidak sedap hati. Lamunannya berhenti apabila terdengar deringan telefonnya berbunyi untuk kali ke-4. 


"Heloooo, aaaaaaa... Elia, ni i Ezat. Errrrrrrrrr...." ujar Ezat dalam keadaan gelisah lalu Elia memotong percakapannya. "Apa halnya?"


"Macam ni ya, moga hati you tabah mendengarnya, tadi I'm on my way to Mid Valley, tiba-tiba I nampak kakak you lalu depan kereta I, I tak sempat elak. Terlanggar dia, and now, she's coma. Dalam bilik ICU. Doktor tengah memeriksa kakak you. I betul-betul minta maaf sayang." Ezat terus meletak gagangnya. 


          Elia masih kaku di atas katilnya, peluh dingin mengalir di atas dahinya walaupun ketika itu pendingin hawa telah dibuka. Dalam hatinya berdoa. 'Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah kakakku. Amin.......'


Sebulan Kemudian,


"You, please, i merayu dekat you, i'm sorry sebab i dah menyebabkan you kehilangan seorang kakak. Sebagai balasan, i sanggup cinta you semula demi menebus salah i terhadap you. Please accept me, I dah breakup dengan Jeasmine. Please give me one more chance." Ezat merayu dalam keadaan melutut setelah sekian lama menghilangan diri daripada bertemu dengan Elia. 


"You jangan ingat I dah lupa apa yang telah you buat dekat i dulu, dan satu lagi, jangan harap lah i akan terima you balik sebab you tu tak ada makna langsung terhadap i! FULL STOP!" Akhirnya Syarifah Emelia dapat meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya. 



Assalamualaikum,
Adik, kakak telah pergi dengan tenang. Kakak nak adik menjadi seorang yang tabah. 
Ingin sekali kakak melihat adik berubah.
Tinggalkan perkara yang dibenci oleh Allah.  Teruskan cita-cita adik
sehingga menara gading walaupun tanpa kakak.
Semoga adik dapat menunaikan permintaan kakak yang terakhir agar roh kakak 
akan tenang selama-lamanya. sampai disini warkah kakak. Salam sayang


- KAKAK KESAYANGANMU, KIELA-


          Elia tidak dapat menahan sebak, baru sebentar tadi, Shukree merangkap tunangan kakaknya memberi surat yang ditinggalkan oleh Kiela untuk Elia. Walaupun 1 bulan telah berlalu, tetapi dia masih merasa sedih kehilangan kakaknya itu. 


5 Tahun kemudian, 


Kini Elia telah berjaya. sekarang dia telah menjadi seorang Fashion Designer. Dia telah berjaya mengubah dirinya menjadi ceria berbanding dahulu. Dia malas hendak berfikir pasal perkahwinan, dia ingin menyara ibubapanya terlebih dahulu. 


"kakak, Elia telah brjaya. Terima kasih kakak telah menyedarkan Elia yang suka mengabaikan pelajaran selama ini. Elia tidak akan lupakan kakak." bisik hatinya sambil tersenyum senang.


Al-Fatihah




-Tamat-